Friday, April 3, 2009

Perkongsian

Sudah lama tak update blog. Kadang-kadang saya online, sekadar membaca beberapa blog yang sempat saya temui. Saya kagum dengan ramai penulis blog yang gigih update blog mereka setiap hari. Dan membaca blog-blog mereka memberikan banyak pengisian dalam diri saya.

Ingin juga saya contohi mereka, tetapi saya bukanlah seorang penulis yang bijak mengutarakan idea di ruang blog ini. Apa-apapun, sekurang-kurangnya saya tidaklah buta IT dan peluang ini dapat saya gunakan untuk menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman melalui cerita-cerita yang saya baca.